Isnin, 29 Mac 2010

PERTANDINGAN SURAT KEPADA PM

SERDANG 25 Mac - Pos Malaysia Berhad telah menerima hampir 120,000 penyertaan bagi Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri setelah tempoh pertandingan itu ditutup pada 19 Mac lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, sehingga hari ini pihaknya masih menerima surat dari beberapa negeri yang lewat tiba di pusat saringan kerana masalah teknikal.

"Setakat ini Pos Malaysia sudah menerima 118,598 pucuk surat dan dijangkakan surat dari beberapa negeri akan tiba malam ini.

"Jumlah ini sudah melebihi sasaran awal sebanyak 100,000 pucuk surat bagi pertandingan ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat saringan pertandingan itu di Institut Latihan Pos Malaysia di sini hari ini.

Proses saringan awal telah dilakukan sejak kelmarin bagi menyenarai pendek surat-surat itu kepada 10,000 pucuk sebelum melalui proses saringan kedua.

Kira-kira 60 pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terlibat dalam proses saringan awal itu.

Aseh berkata, beliau sangat tertarik dengan beberapa pucuk surat kerana ada antaranya mengutarakan idea yang bernas dan ada yang meluahkan masalah mereka.

"Ada surat yang menyentuh perasaan pemeriksa apabila mereka menyuarakan kesusahan hidup yang ditanggung keluarga.

"Ini merupakan suara daripada akar umbi yang perlu diambil berat, pihak kami akan cuba mengesan individu yang terbabit untuk membantunya. Ini adalah tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan oleh Pos Malaysia,'' jelasnya.

Aseh turut tertarik dengan sepucuk surat yang ditulis oleh seorang pelajar dari Muar, Johor yang meluahkan hasrat datuknya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri.

"Menurut surat tersebut, datuk pelajar berkenaan teringin berjumpa dengan bapa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak namun tidak tercapai.
"Surat tersebut turut disertakan dengan gambar Tun Abdul Razak dan ini sangat menarik perhatian pemeriksa di sini,'' katanya.

Pos Malaysia akan menjilidkan 100 pucuk surat terbaik dalam pertandingan ini dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

SUMBER: utusan malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


I made this widget at MyFlashFetish.com.

anda pengunjung ke