Jumaat, 19 Mac 2010
GAGASAN 1MALAYSIA
konsep gagasan Satu Malaysia bukan merupakan sesuatu konsep yang baru, malahan ia adalah konsep yang ditekankan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Satu Malaysia yang membawa maksud perpaduan nasional hanyalah berubah dari segi pendekatan dan gerak kerja mengikut kesesuaian zaman. Ia merupakan pelengkap bagi pendekatan Barisan Nasional sejak dahulu lagi bagi mencapai proses pembangunan negara.
Konsep Satu Malaysia mempunyai prinsip-prinsip yang harus diterap oleh semua masyarakat agar proses pembangunan negara dan juga Wawasan 2020 dicapai. Antara syarat-syarat yang ditekankan untuk menegakkan perpaduan termasuklah menghormati identiti-identiti etnik, peruntukan-peruntukan teras perlembagaan dipatuhi, sikap penerimaan di antara kaum dan sebagainya.
Datuk Halimah seterusnya mengemukakan soalan tambahan iaitu langkah-langkah kerajaan bagi mempercepatkan proses gagasan Satu Malaysia. Ini adalah supaya konsep Satu Malaysia difahami dan mengeratkan perpaduan di antara rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Pada masa yang sama ia juga menitikberatkan pengecualian sesiapapun yang merasakan terpinggir daripada wacana nasional ini dan sejajar dengan segala peruntukan-peruntukan yang sedia ada dalam perlembagaan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa menjawab soalan tersebut menjelaskan bahawa semua pihak termasuk ahli parlimen, NGO, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya harus berganding bahu untuk menerapkan konsep Satu Malaysia.
sumber:www.1malaysia.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan