Rabu, 31 Mac 2010

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Rakyat seharusnya menjadi mata dan telinga untuk memantau agar gagasan ini tidak terbabas daripada matlamatnya.

Isnin, 29 Mac 2010

PERTANDINGAN SURAT KEPADA PM

SERDANG 25 Mac - Pos Malaysia Berhad telah menerima hampir 120,000 penyertaan bagi Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri setelah tempoh pertandingan itu ditutup pada 19 Mac lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, sehingga hari ini pihaknya masih menerima surat dari beberapa negeri yang lewat tiba di pusat saringan kerana masalah teknikal.

"Setakat ini Pos Malaysia sudah menerima 118,598 pucuk surat dan dijangkakan surat dari beberapa negeri akan tiba malam ini.

"Jumlah ini sudah melebihi sasaran awal sebanyak 100,000 pucuk surat bagi pertandingan ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat saringan pertandingan itu di Institut Latihan Pos Malaysia di sini hari ini.

Proses saringan awal telah dilakukan sejak kelmarin bagi menyenarai pendek surat-surat itu kepada 10,000 pucuk sebelum melalui proses saringan kedua.

Kira-kira 60 pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terlibat dalam proses saringan awal itu.

Aseh berkata, beliau sangat tertarik dengan beberapa pucuk surat kerana ada antaranya mengutarakan idea yang bernas dan ada yang meluahkan masalah mereka.

"Ada surat yang menyentuh perasaan pemeriksa apabila mereka menyuarakan kesusahan hidup yang ditanggung keluarga.

"Ini merupakan suara daripada akar umbi yang perlu diambil berat, pihak kami akan cuba mengesan individu yang terbabit untuk membantunya. Ini adalah tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan oleh Pos Malaysia,'' jelasnya.

Aseh turut tertarik dengan sepucuk surat yang ditulis oleh seorang pelajar dari Muar, Johor yang meluahkan hasrat datuknya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri.

"Menurut surat tersebut, datuk pelajar berkenaan teringin berjumpa dengan bapa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak namun tidak tercapai.
"Surat tersebut turut disertakan dengan gambar Tun Abdul Razak dan ini sangat menarik perhatian pemeriksa di sini,'' katanya.

Pos Malaysia akan menjilidkan 100 pucuk surat terbaik dalam pertandingan ini dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

SUMBER: utusan malaysia



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

RUMAH TERBUKA PM

1Malaysia terserlah pada rumah terbuka PM dan kabinet l 21 Sept 2009

Daripada menu hinggalah pengunjung pelbagai kaum, semangat 1Malaysia terserlah di kalangan rakyat Malaysia dan pelancong asing pada majlis rumah terbuka anjuran Datuk Seri Najib Tun Razak buat pertama kalinya sebagai perdana menteri.

Ribuan orang berpusu-pusu ke Sri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya, untuk mengunjungi rumah terbuka itu yang bermula 11 pagi.

Najib, yang lengkap berpakaian baju Melayu merah jambu dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor serta para menteri Kabinet beramah-mesra dengan para tetamu dan pengunjung.

Para duta dan diplomat asing serta tokoh korporat termasuk adik Najib, Datuk Seri Nazir yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu.

Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dijamu dengan pelbagai juadah termasuk makanan kegemaran ramai seperti satay selain ketupat, lemang, thosai dengan kari dhal dan kuetiau goreng.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan konsert artis tempatan.

Terdahulu, Perdana Menteri dan Rosmah menghadiri santapan pagi bersama-sama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara.

Selepas solat, Najib, Rosmah dan anak perempuan mereka turut menziarahi makam ayahanda beliau di Makam Pahlawan yang terletak dalam kawasan Masjid Negara.

Bercakap kepada pemberita, Perdana Menteri melahirkan kegembiraannya melihat ramai yang datang mengunjungi rumah terbuka itu walaupun diadakan di Putrajaya, dan hadirin terdiri daripada kelompok masyarakat yang berbeza agama, kaum dan latar belakang.

“Saya mengadakan rumah terbuka kali ini di Sri Perdana kerana ia adalah rumah rakyat, dan pada hari ini bagi yang berkunjung ke sini dapat berkenalan dengan ahli kabinet lain, selain dapat bersalaman dengan saya,” katanya.

Najib menyifatkan rumah terbuka sebagai tradisi ulung bagi mengeratkan perpaduan dan mewujudkan keharmonian di kalangan rakyat jelata.

“Konsep rumah terbuka adalah intipati konsep 1Malaysia, dan apabila mengadakan majlis rumah terbuka, minda kita terbuka dan menjadi lebih luas, dan secara ikhlas hati kita terbuka untuk menjemput sesiapa yang mengunjungi kediaman kita, tidak kira bangsa dan agama”, kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut hadir di Sri Perdana berkata rumah terbuka adalah satu tradisi mulia yang harus dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia kerana ia adalah satu amalan yang dapat menyatupadukan rakyat berbilang kaum.



Sumber : Utusan Malaysia

IBU NEGERI MALAYSIA


Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: كوالا لومڤور; sering disingkatkan KL), atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 batu²), dianggarkan diduduki 1.6 juta orang pada tahun 2006.[2] Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang[3], dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.[4]Kuala Lumpur merupakan tempat letak Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999.[5] Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat.[6] Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).[7]Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeriSelangor, di pantai barat tengah Semenanjung Malaysia.[8]Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada berbilang acara sukan, politik dan kebudayaan, termasuk Sukan Komanwel 1998 dan Kejohanan Dunia Formula Satu.[9] Selain itu, di Kuala Lumpur terdirinya menara berkembar tertinggi di dunia, iaitu Menara Berkembar Petronas.[10]Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua buah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang kini hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam negara.Sumber:Wikipedia Bahasa Melayu,esiklopedia bebas.








Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ahad, 28 Mac 2010

IMPIAN SEORANG RAKYAT

Aku seorang daripada rakyat Malaysia yang mengimpikan keadilan dan kesaksamaan semua warganegara tanpa prejudis gender, bahasa, kaum dan agama.

Diharapkan konsep Satu Malaysia bukan retorik politik untuk mendodoi rakyat, tetapi sebuah impian bersama yang harus diusahakan secara bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Paling benci parti perkauman yang melampau. Setiap orang ada perasaan mencintai kaum sendiri, tetapi sekiranya melampaui batasan rasional, ia amat menjijikkan dan patut dikutuk.

Kita adalah SATU dalam kepelbagaian. Perjuangan kita adalah perjuangan untuk semua orang. Aku ingin sekali melihat rakyat Malaysia hidup seperti sebuah keluarga besar. Walaupun sukar tetapi tidak mustahil.


Sumber:satumalaysia.wordpress.com

Khamis, 25 Mac 2010

MEROKOK MERBAHAYA TERHADAP KESIHATAN


Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!
Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.
  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.
Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:
Fakta sepintas lalu
  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.
Perspektif
  • Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja (10 tahun ke atas) dan bilangan perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan
  • Mempergiatkan usaha untuk membenteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu dilaksanakan segera dan berterusan
  • Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini secara bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat penyakit yang berpunca dari ketagihan rokok.
  • Sebarang kempen yang memfokus kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan usaha dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan negara.
Tabiat merokok adalah satu penagihan
Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health - satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.
Objektif
  • Merangka kempen komunikasi secara berkesan yang menggerakkan seluruh negara ke arah bebas rokok
  • Menggesa masyarakat untuk berhenti merokok
  • Mencegah kelompok remaja dan wanita supaya tidak memulakan tabiat merokok
Strategi
Menggerakkan seluruh negara untuk memerangani masalah ketagihan rokok
  • Kempen ini akan memfokus kepada menyalurkan maklumat tentang ancaman dan bahaya merokok serta kesannya kepada kesejahteraan rakyat
Membina satu masyarakat baru yang berpengetahuan yang tidak merokok
  • Langkah jangka panjang ini perlu dirangka dalam kadar yang segera. Remaja sekarang perlu dilengkapi dengan maklumat yang tepat mengenai bahaya merokok.


SUMBER :KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Visi Kementerian Kesihatan Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.
Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk :-
  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka
  • Menghargai kesihatan sebagai aset bernilai
  • Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu 
sumber:www.infosihat.gov.my

Selasa, 23 Mac 2010

MALAYSIA

Malaysia mempunyai 13 buah negeri.Antara negeri tersebut ialah:
Johor Darul Takzim = 9879km,
Kedah Darul Aman = 18 985km,
Kelantan Darul Naim = 14 893km,
Melaka = 1 650km,
Negeri Sembilan Darul Khusus = 6 643km,
Pahang Darul Makmur = 35 695km,
Perak Darul Ridzuan = 20 668km,
Perlis Indera Kayangan = 803km,
Selangor Darul Ehsan = 8 184km,
Sabah Negeri dI bawah bayu = 73 711km,
Sarawak Bumi Kenyalang = 1 129 500km,
Terengganu Darul Iman = 13 080km,
Pulau Pinang = 285km

Jumaat, 19 Mac 2010

CARA MENGIGAT DENGAN BERKESAN

Langkah-langkah yang menentukan keberkesanan mengingat

1.Kuatkan keinginan untuk mengingat.

2.Dapatkan pengertian yang sebenar-benarnya dan fahamkan apa yang dibaca.

3.Belajarlah dengan kaedah-kaedah aktif termasuk memberi perhatian yang teliti, mendengar dengan teliti, berbincang membuat nota-nota ringkas dan menulis esei.

4.Fikirkan kita mencari pengesan sesuatu bentuk. Aturlah bahan-bahan yang akan dipelajari mengikut susunan yang logik dan nomborkan isi-isi penting.

5.Selalulah mengulangkaji.

6.Carilah perkataan-perkataan yang akan menjadi kunci atau rangkaikata-rangkaikata yang boleh dijadikan punca sesuatu idea.

7.Gambarkan idea-idea itu menerusi contoh-contoh, penjelasan, gambar dan gambar rajah.

8.Bagi perkara yang dihafal, tulislah di dalam buku-buku kecil (saiz poket) atau kad-kad. Bacalah nota-nota ini berulang kali.

9.Cubalah mengingati faktor-faktor yang mudah anda lupa dengan mengaitkannya pada suatu faktor yang berkaitan, seperti di mana anda membaca bahan tersebut, dengan siapa anda berbincang mengenainya dan sebagainya.

10.Pelajarilah berulang-ulang dan bersungguh-sungguh sehingga semua faktor tersebut telah anda kuasai sepenuhnya. Ujilah kemampuan anda secara berperingkat dengan mengadakan latihan-latihan mengingat semula sehari selepas itu, seminggu kemudian, dua minggu kemudian dan seterusnya.

11.Cuba gunakan apa yang telah anda pelajari / praktikal kan apa yang telah dipelajari.

MATLAMAT 1MALAYSIA

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

PM:SEMAI KONSEP 1BELIA 1MALAYSIA

PDF Print E-mail
MELAKA 15 Mei – Konsep 1Belia 1Malaysia perlu diterapkan dalam pergerakan belia di negara ini bagi memastikan mereka menjadi pewaris untuk memupuk dan menyuburkan perpaduan nasional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan belia menjadi tapak paling subur untuk merealisasikan konsep 1Malaysia dan akan menjadi lebih bermakna sekiranya golongan muda turut mengambil konsep 1Belia 1Malaysia.

"Ingatlah bahawa di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung. Lantaran itu, saudara dan saudari sekalian harus melihat antara satu sama lain dengan pandangan Malaysia.

"Dalam kata lain, sungguh pun kita terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan suku mahupun keturunan, kita harus insaf bahawa di bumi Malaysia kita dilahirkan, di bumi inilah kita mencipta kehidupan dan di bumi inilah kita bersemadi.

"Maka di bumi inilah juga kita wajib menumpahkan janji taat dan setia," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam perutusan sempena Hari Belia Negara 2009 yang disiarkan melalui skrin dalam majlis Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 20,000 belia dari seluruh negara itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Perdana Menteri juga mahukan para belia sedar bahawa kerukunan yang Malaysia capai selama ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ia dirintis dengan segala jerih dan kepayahan oleh golongan terdahulu.

Najib berkata, belia adalah penentu rupa wajah Malaysia pada masa depan dengan hakikat kejayaan belia adalah kejayaan negara.

"Langkah yang seribu itu bermula dengan yang satu, Malaysia tidak akan menjadi satu sekiranya belianya tidak berpadu.

"Dari itu, terletak di jemala para belia amanah sebagai pewaris yang sewajarnya meneruskan perjalanan yang mulia ini dengan memupuk dan menyuburkan perpaduan nasional yang dibina, jika tidak segala apa yang kita bangunkan akan hancur dan ranap begitu saja," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mencabar golongan belia supaya tidak sekadar berpuas hati berada di gerigi peristiwa sebaliknya bersama-sama untuk mencipta sejarah.

Najib turut mengajak belia berganding bahu dalam pentadbirannya untuk bertindak sebagai pelaku-pelaku aktif dalam membawa pembaharuan dan perubahan ke arah mencipta Malaysia yang diimpikan.

"Saya amat yakin sebagai orang muda, saudara dan saudari tentunya mempunyai banyak idea untuk dikongsi dalam menjana pembangunan negara," katanya.

Beliau juga menyarankan agar ruang dialog yang lebih luas antara belia dan kepimpinan tertinggi negara bagi memahami keperluan dan kehendak golongan itu.

Tambahnya, pendapat mengatakan bahawa hanya kerajaan mengetahui apa yang baik untuk golongan belia sudah jauh ketinggalan.

"Lantas untuk memahami aspirasi dan denyut nadi belia, kerajaan kini lebih bersedia menjadi pendengar yang baik dan mempunyai empati terhadap sudut pandangan, keluh kesah, rintihan, pendapat serta saranan saudara dan saudari sekalian," katanya.

Najib turut meminta pertubuhan belia berusaha menarik golongan muda yang belum menjadi anggota dengan menggunakan pendekatan kreatif dan inovatif termasuk media alternatif.

Pada masa sama beliau meminta agensi kerajaan yang berurusan dengan golongan belia mengkaji semula pendekatan mereka agar tidak bersifat menghakim dan menghukum sebaliknya memahami apakah cita rasa golongan muda.

"Turunlah padang dan dengarlah suara-suara belia akar umbi dan tidak sekadar menunggu mereka untuk datang berjumpa dengan kita," katanya.


 

PENGENALAN KEPADA SEKOLAH MENENGAH RENDAH


Pendidikan Menengah Rendah

Ini merangkumi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Subjek yang akan dipelajari terbahagi kepada berikut:
Subjek TerasSubjek Pilihan
Bahasa MelayuPendidikan Islam
Bahasa InggerisMoral
SainsKemahiran Hidup:Ekonomi Rumah Tangga
SejarahKemahiran Hidup: Pertanian
GeografiKemahiran Hidup: Perdagangan dan Keusahawanan
MatematikKemahiran Hidup Bersepadu

Bahasa-bahasa Eropah

Bahasa ibunda

Pilihan subjek pilihan adalah tertakluk kepada kemampuan sekolah. Pada pengajian murid-murid di Tingkatan 3, mereka akan dinilai melalui peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).


SUMBER:www.moe.gov.my/

VISI &MISI 1MALAYSIA


1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.

Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.

Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.

Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.

Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.




SUMBER:WWW.1MALAYSIA.COM.MY

GAGASAN 1MALAYSIA



konsep gagasan Satu Malaysia bukan merupakan sesuatu konsep yang baru, malahan ia adalah konsep yang ditekankan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Satu Malaysia yang membawa maksud perpaduan nasional hanyalah berubah dari segi pendekatan dan gerak kerja mengikut kesesuaian zaman. Ia merupakan pelengkap bagi pendekatan Barisan Nasional sejak dahulu lagi bagi mencapai proses pembangunan negara.

Konsep Satu Malaysia mempunyai prinsip-prinsip yang harus diterap oleh semua masyarakat agar proses pembangunan negara dan juga Wawasan 2020 dicapai. Antara syarat-syarat yang ditekankan untuk menegakkan perpaduan termasuklah menghormati identiti-identiti etnik, peruntukan-peruntukan teras perlembagaan dipatuhi, sikap penerimaan di antara kaum dan sebagainya.

Datuk Halimah seterusnya mengemukakan soalan tambahan iaitu langkah-langkah kerajaan bagi mempercepatkan proses gagasan Satu Malaysia. Ini adalah supaya konsep Satu Malaysia difahami dan mengeratkan perpaduan di antara rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Pada masa yang sama ia juga menitikberatkan pengecualian sesiapapun yang merasakan terpinggir daripada wacana nasional ini dan sejajar dengan segala peruntukan-peruntukan yang sedia ada dalam perlembagaan.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa menjawab soalan tersebut menjelaskan bahawa semua pihak termasuk ahli parlimen, NGO, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya harus berganding bahu untuk menerapkan konsep Satu Malaysia.




sumber:www.1malaysia.com

Rabu, 17 Mac 2010

NASI LEMAK 1MALAYSIA

Malaysia merupakan negara yang penuh dengan budaya dan tradisi masyarakat berbilang kaum. Malaysia juga merupakan “ pelbagai ” makanan, dimana ribuan jenis masakan ,mudah didapati di negara kita, salah satu daripada masakan di negara ini yang menjadi kegemaran setiap bangsa serta lapisan masyarakat dan juga etnik ialah “ Nasi Lemak ”. Nasi lemak merupakan makanan harian yang tidak kira masa samaada sarapan pagi, tengahari, petang dan malam. Oleh itu, acara Fiesta Nasi Lemak 1 Malaysia adalah satu usaha untuk membawa masyarakat mengenali asal usul Nasi Lemak di mana nasi lemak ini akan dimasak oleh lapisan masyarakat pelbagai kaum negara ini.


Disamping itu, acara ini dapat menyumbang kepada usaha kerajaan Malaysia menyatupadukan rakyat melalui makanan. Ianya juga dapat menyumbang ke arah gagasan Satu Malaysia sebagaimana di suarakan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.


sumber(http://nasilemak1malaysia.web.com/)
DI WAJAH SUCIANAK ANAK INI KULIHAT SINAR

DI HATI MURNI MEREKA TERPAHAT SATU IMPIAN

ANDAI SENGKETA MEMBELENGGU SESAMA

ANDAI KERAKUSAN MENGUASAI KITA

KE MANAKAH TUMPAH HARAPAN MEREKAKERANA

DI BAHU KITALAH TERPIKUL SEGUNUNG AMANAH

DI JEMALA KITA TERJUNJUNG SELAUT IKRAR

MELUNAS SUMPAH,MENUNAI JANJI

AYUHLAH

RAKAN DAN TAULAN,SAHABAT DAN SAINGAN

LUPAKAN BEZA LEBIHKAN MENERIMA

BERTATIHLAH BERSAMAKU

KITA BERJALAN SEIRINGAN,KITA MELANGKAH SATU HALUAN

1 SUARA,1IMPIAN,1 HARAPAN,1MALAYSIA.

Isnin, 15 Mac 2010

Blog ini dihasilkan pada 20 November 2010.Blog ini dihasilkan sempena Pertandingan Blog Peringkat Sekolah.Blog inidihasilkan bersama-sama kawan-kawan saya di makmal komputer sekolah.

DATO'SERI MOHD NAJIB TUN HJ ABD RAZAK

Impian sepanjang hayat Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, ialah satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan peluang yang bukan sedikit untuk semua rakyat.

 Sebagai putera kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd Razak, Najib dilahirkan di tengah-tengah gelanggang politik. Najib membesar dengan memerhatikan bapanya serta memahami kehendak politik arus perdana. Beliau sentiasa mengerti bahawa bila sampai waktunya beliau juga mahu berbakti kepada masyarakat dan negara. Namun pemergian bapanya pada ketika yang tidak dijangka, 14 Januari 1976, ketika menjejaki usia 54 tahun, telah menyorongkan Najib ke hadapan sehingga menjadi tumpuan utama. Lima minggu selepas pemergian bapanya, pada usia 22 tahun, Najib telah terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan, menjadikan beliau Ahli Parlimen yang paling muda dalam sejarah Malaysia. Pada 2004, beliau telah menyandang jawatan kedua tertinggi dalam negara sebagai Timbalan Perdana Menteri, 47 tahun setelah bapanya dilantik ke jawatan yang sama.

Dato' Sri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy’s College, Worcestershire, England sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University. Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, beliau telah menyertai dunia korporat bila berkhidmat untuk satu waktu yang singkat dengan Bank Negara, kemudiannya beralih ke PETRONAS (perbadanan petroleum negara) sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam. Namun pemergian Tun Abd Razak secara tiba-tiba itu telah merobah corak kehidupan beliau secara dramatik.

Najib pantas menyesuaikan dirinya dengan kehidupan umum sebagai Ahli Parlimen, dan kemudiannya mendapati kemahiran berpolitik itu begitu serasi dengan dirinya. Tidak lama kemudian, Najib yang masih muda belia telah memperlihatkan bahawa beliau ialah seorang ahli politik yang boleh dipercayai dan berkebolehan serta berhak dipanggil pemimpin atas keupayaan dirinya sendiri. Pada tahun pertamanya sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga Telekomunikasi dan Pos, dan kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan selepas itu Timbalan Menteri Kewangan. Pada 1982, Perdana Menteri yang baru, Dr. Mahathir Mohamad telah mencalonkan Dato’ Sri Mohd Najib untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pekan. Berikutan dengan kejayaannya, Najib yang berusia 29 tahun ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Pahang pada ketika itu hampir-hampir terjebak dalam satu krisis politik disebabkan oleh perbezaan yang serius antara bekas Menteri Besar dan Sultan Pahang. Tetapi Najib bukan sahaja sebutir bintang yang sedang bergemerlapan, beliau juga ialah salah seorang daripada Pembesar Berempat Istana Pahang (kerana mewarisi gelaran turun temurun sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar). Dengan yang demikian diterima dengan tangan terbuka oleh pihak Istana. Krisis yang melanda itu dengan cepat dapat diredakan, memastikan perpaduan dalam UMNO Pahang. Selanjutnya Najib memulakan langkah untuk mengukuhkan pendidikan di dalam negeri.

Pada 1992 Najib telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Yayasan Pahang, sebuah yayasan yang membaktikan kepada penggalakan pendidikan dan sukan di kalangan belia Pahang melalui biasiswa dan pembiayaan. Najib telah memperkukuh perusahaan negeri untuk memaksimumkan pendapatan daripada sumber kekayaan semula jadi negeri Pahang. Dengan kerjasama FELDA, Perbadanan Pembangunan Tanah Persekutuan, beliau telah merintis jalan kepada pembentukan skim penempatan tanah baru, memberikan peluang-peluang pendapatan baru kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan berada dalam kelompok yang berpendapatan rendah.

Dato Sri Mohd Najib mula menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 1982, dan naik sebagai ketua pergerakan tersebut pada 1987. Pada 1988, setelah satu pergolakan menguasai parti, satu UMNO baru yang telah disusun semula diwujudkan dan Najib telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, jawatan yang disandang beliau sehingga 1993.

Dalam pilihan raya 1986, Najib dikembalikan sebagai Ahli Parlimen kawasan Pekan, dan dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebaik sahaja dilantik beliau terus memberikan tumpuan kepada penggalakan sukan dan memperkenalkan Dasar Sukan Negara pada 1988. Pada 1989, Malaysia telah mencapai kejayaan yang terbaik pernah dicapainya di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun itu.

Pada 1991, Dato’ Sri Najib telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Najib telah mencergaskan semula sebuah Kementerian yang dilihat sebagai tidak bermaya dan lembap. Beliau telah memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Pada 1995, Dato’ Sri Najib mengalami perubahan dalam portfolio kabinet, yang mana beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau telah mengambil cabaran untuk menyambut aspirasi Malaysia yang baru sahaja diumumkan ketika itu, untuk menjadi sebuah negara maju yang sepenuhnya pada tahun 2020. Sepanjang tempoh lima tahun perkhidmatannya, Najib telah mewujudkan mekanisme yang dapat membolehkan generasi rakyat Malaysia menghadapi cabaran masa mendatang. Beliau telah menstrukturkan semula Kementerian ini, memperbadankan universiti dan institusi awam, serta menggalakkan kerjasama dengan universiti dan institusi luar negara. Langkah ini telah memberikan lebih banyak peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai satu hab pembelajaran serantau. Dato' Sri Najib juga telah meningkatkan sijil perguruan kepada status diploma, supaya guru-guru dalam kategori tersebut dapat menerima gaji permulaan bulanan yang lebih tinggi.

 Pada 1999, berikutan pergolakan politik pada tahun sebelumnya, Najib memenangi pemilihan semula kerusi Parlimen Pekan. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan buat kali keduanya dan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia. Apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004, Dato’ Sri Najib telah diserahkan dengan portfolio tanggungjawab yang banyak dan besar, termasuk mengawasi FELDA, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau mempengerusikan 28 Jawatankuasa Kabinet yang membincangkan pelbagai isu.

Dato’ Sri Najib telah berkahwin dengan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, dan bapa kepada lima orang anak.

 Pada 3hb April 2009, Dato; Sri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dalam satu proses peralihan kuasa yang lancar oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.




 http:// www.1malaysia.com/

Jumaat, 12 Mac 2010

MENGENAI MALAYSIA

Mengenali Malaysia ialah mencintai Malaysia. Malaysia sebuah negara pelbagai kaum dan agama. Kita melihat kaum Melayu, India, Cina dan kumpulan etnik yang lain hidup bersama dengan aman damai dan harmoni.
Penggabungan budaya ini bermula pada sekitar kurun ke-15, ketika Melaka, yang pada waktu itu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan rempah ratus, menjadi pelabuhan perdagangan utama dunia.Kini Malaysia ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan makin dikenali di seantero dunia.
Kepelbagaian budaya dan kaum bukan saja menjadikan Malaysia syurga makanan, ia juga menjadikan Malaysia unik kerana masyarakatnya menyambut pelbagai festival . Tidak hairanlah, rakyat negara ini gemar berpesta dan ramah bergaul dengan orang luar.
Malaysia mempunyai 14 buah negeri. Sebanyak 12 buah negeri di Semenanjung Malaysia dan dua negeri di utara Borneo. Kawasan percutian terdapat di kawasan pergunungan dan juga pantai, dan hutan paya bakau.
Salah satu tarikan Malaysia, ialah kepelbagaian landskap negara ini. Terdiri daripada rumah kayu, bangunan pencakar langit ke hotel lima bintang yang hanya beberapa meter daripada kawasan laut.
Jelajahilah bumi Malaysia yang penuh kepelbagaian budaya dan alam semula jadi hari ini. Jom ZOOM Malaysia!
*Maklumat lanjut tentang negara boleh diperolehi dari portal rasmi kerajaan,
http://www.malaysia.gov.my/.

SUMBER:www.tourism.gov.my

PUSAT SAINS NEGARA




Ia dibuka dengan rasminya pada 29 November, 1996 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. PSN terletak di Bukit Kiara.
Bangunan berbumbung hijau ini, yang menempatkan PSN juga mempunyai senibina yang unik. Ia menempatkan sembilan buah galeri dengan pelbagai pameran sains yang menarik.
Terdapat juga Taman Pendidikan Sains yang memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat lebih dekat pelbagai aspek berkaitan sains. Binatang seperti burung unta, ayam serama, arnab, rusa dan banyak lagi juga boleh didapati di taman ini.
Terdapat juga suatu laluan akuarium selain sudut untuk pencipta. Diharapkan dengan pameran yang disediakan dapat memberi ruang dan menimbulkan minat terhadap bidang sains kepada semua peringkat umur.
Pusat Sains Negara adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal yang berada di bawah pentadbiran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

50 KLINIK 1MALAYSIA BEROPERASI

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan serentak 50 klinik komuniti 1Malaysia di seluruh negara pada 7 Jan depan untuk meluaskan perkhidmatan kesihatan asas kepada rakyat bandar di akar umbi.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata klinik-klinik itu akan menawarkan perkhidmatan pesakit luar yang lebih meluas dan cepat kepada rakyat, sejajar dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan rakyat."Kita mahu memberikan perkhidmatan kesihatan yang selesa dan cepat kepada penduduk tempatan. Ia berorientasikan rakyat."Kita juga berharap klinik 1Malaysia ini akan mengurangkan kesesakan pesakit luar di unit kemalangan dan kecemasan," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan persediaan Klinik 1Malaysia di Kampung Kerinchi di sini, Rabu.Upacara majlis pelancaran program oleh Najib akan diadakan di klinik di Kampung Kerinchi.Liow berkata Klinik 1Malaysia ialah di kawasan-kawasan setempat dengan penduduk lebih daripada 10,000 yang mana ia boleh dihubungi dengan mudah oleh penduduk.Selain di Kampung Kerinchi, kemudahan sedemikian di sekitar Wilayah Persekutuan ialah di Intan Baiduri, Kepong, Gombak Setia, Kampung Pandan dan Desa Rejang di Setapak.Klinik 1Malaysia akan beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam dan akan diuruskan oleh seorang pembantu perubatan dan seorang jururawat."Mereka akan merawat dan dibenarkan untuk memberi ubat untuk sakit ringan sahaja seperti deman, batuk ataupun luka ringan."Klinik 1Malaysia juga boleh menjadi rujukan kes-kes kronik ke klinik-klinik ataupun hospital yang lebih besar," kata Liow.Program klinik komuniti itu diumumkan oleh Najib dalam Bajet 2010 dengan peruntukan RM10 juta.

-- BERNAMA

BUDAYA & WARISAN PENDUDUK DI MALAYSIA

Sejarah silam Malaysia yang menarik, sebagai tempat persinggahan dalam laluan perdagangan rempah ratusan tahun dahulu, telah menjadikannya sebuah pusat gabungan pelbagai budaya.Segala aspek negara, dari latarbelakang penduduknya, hinggalah kekayaan senibinanya, mencerminkan penggabungan warisan dan budaya yang pelbagai.Kinilah masanya, Malaysia adalah destinasinya.


TEROKAILAH BUMI PELBAGAI BUDAYA
Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik.Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.


Melayu
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.


Cina
Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.


India
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.


KUMPULAN ETNIK PRIBUMI


Orang Asli
Orang Asli adalah terma yang digunakan untuk kumpulan etnik pribumi yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Mereka dibahagi kepada tiga kumpulan utama: Negrito, Senoi dan Proto-Melayu. Kumpulan Negrito biasanya tinggal di utara, Senoi di pertengahan dan Proto-Melayu di selatan. Setiap kumpulan dan kumpulan etnik kecil mempunyai bahasa dan budaya tersendiri. Ada yang menjadi nelayan, peladang dan ada yang kerap berpindah-randah.


SARAWAK
Secara kolektifnya, kumpulan etnik utama di Sarawak dikenali sebagai Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. ‘Dayak’ yang bermakna ‘hulu’ atau ‘pedalaman’, digunakan sebagai istilah umum oleh penduduk Islam pinggir pantai bagi merujuk kepada lebih 200 kumpulan suku peribumi yang tinggal di kawasan pedalaman. Lazimnya mereka tinggal di rumah panjang, iaitu rumah komuniti tradisional yang boleh memuatkan antara 20 hingga 100 buah keluarga.


Iban
Kumpulan etnik terbesar Sarawak, kaum Iban merangkumi 30 peratus populasi negeri ini. Kadangkala mereka dikategorikan secara salah sebagai etnik Dayak Laut kerana kepakaran mereka menggunakan bot, bagaimanapun, mereka sebenarnya kaum dari hulu sungai di tengah-tengah Kalimantan. Dahulu kala, mereka adalah pejuang yang sangat gagah berani dan terkenal dengan ‘ngayau’ atau pemburuan kepala serta aktiviti pelanunan. Secara tradisi, mereka menyembah tiga Tuhan di bawah kekuasaan Singalang Burung, Tuhan burung peperangan. Walau kebanyakan mereka kini beragama kristian, mereka masih mengamalkan amalam tradisi.


Bidayuh
Kaum Bidayuh Sarawak terkenal kerana keramahan budaya mereka, selain menjadikan kawasan pergunungan negeri ini sebagai tempat kediaman. Ada yang merupakan peladang, dan pemburu. Mereka juga terkenal kerana minuman tuak (arak beras). Dahulu, sewaktu zaman pemburuan kepala, hasil pemburuan tersebut diletakkan di dalam sebuah ‘baruk’. Baruk adalah sebuah rumah bulat yang dahulu kala menjadi tempat bagi pemuda Bidayuh mengawal kampung mereka. Ia dibina tinggi, kira-kira 1. 5 meter dari tanah dan berfungsi memantau pergerakan dari pelbagai arah. Asalnya mereka mengamalkan ajaran animisme dan kini ramai yang telah memeluk agama Kristian.


Orang Ulu
Dikenali sebagai kaum hulu sungai Sarawak, mereka kira-kira 5.5 peratus populasi Sarawak dan terdapat lebih 100,000 suku etnik Orang Ulu di sini. Mereka adalah antara kaum pribumi Borneo yang paling artistic, dengan penggunaan pelaratan yang dihiasi seni tangan manik yang halus, dan juga kaum wanita yang berpangkat tinggi turut menghiasi tubuh mereka dengan seni lukisan tatu.


SABAH
Kaum etnik terbesar Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.
Kadazan Dusun
Kumpulan etnik terbesar Sabah, Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi negeri itu. Terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun mereka digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.


Bajau
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda, yang turut dipamerkan setiap tahun di festival Tamu Besar di Kota Belud.


Murut
Kaum etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi 3 peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Seperti kebanyakan kaum pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik.


Sumber:www.tourism.gov.my

Khamis, 11 Mac 2010

KEJOHANAN SUKAN MERENTAS DESA TAHUN 2O1O DI SMKB


Diadakan pada 25 Februari 2010 bermula pukul 8 pagi.Saya(IZYAN)berada dalam kategori B.Saya hanya dapat menyumbang 1mark
KEPUTUSAN:

TEMPAT PERTAMA: RUMAH HIJAU

TEMPAT KEDUA: RUMAH KUNING

TEMPAT KETIGA: RUMAH BIRU

TEMPAT KEEMPAT: RUMAH MERAH
ah kepada rumah pasukan saya iaitu Rumah Kuning.

Khamis, 4 Mac 2010

BENDERA MALAYSIA


Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

GERHANA





Gerhana matahari anulus

Fasa Gerhana Bulan


Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain. Terdapat dua jenis gerhana:

Gerhana matahari
Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.
Gerhana bulan
Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.
Gerhana juga boleh dibahagikan kepada:

Gerhana Penuh


Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi.

Gerhana Separa

Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut dilindungi.

Gerhana Anulus

Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.

Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana

MEMBACA AL-QURAN AMALAN MEMBAWA KEJAYAAN



Amalan yang membawa kepada kejayaan


KITAB al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa. (al-Baqarah: 2)

Huraian

Kitab al-Quran tidak perlu diragukan kebenarannya. Datangnya (wahyu) daripada Allah, dibawa oleh Jibril, bukannya karangan daripada Rasul. Al-Quran menjadi petunjuk untuk orang yang ingin bertakwa.

Takwa bermaksud memelihara iaitu memelihara hubungan yang baik dengan Tuhan, tidak melakukan perkara yang tidak diredai oleh Allah juga memelihara diri daripada terjerumus ke dalam lumpur atau duri.

Seorang sahabat Rasulullah SAW (Abu Hurairah) pernah ditanya tentang takwa. Beliau berkata : “Pernahkah engkau bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakanmu waktu itu?" Orang itu menjawab: “Apabila aku melihat duri, aku mengelak ke tempat yang tidak ada durinya atau aku langkahi atau aku undur.” Abu Hurairah menjawab: “Itulah dia takwa!" (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Takwa mendorong ke arah kejayaan. Kejayaan tidak mungkin dapat dicapai tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Sesiapa yang menghayati dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran nescaya mendorong ke arah takwa.


Kesimpulan

Al-Quran tidak perlu diragui lagi kebenarannya. Petunjuk bagi umat manusia dan mukjizat teragung yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW. Sesiapa yang beriman dengan al-Quran nescaya keimanannya akan mendorong dirinya ke arah takwa dan membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.

SEJARAH PENUBUHAN SMK BERANAGAN


Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan Tumpat mula dibina pada 21 Februari 1999 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6,623,210.72.

Sekolah ini dibina di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-7 dan siap dibina pada 6 Januari 2001. Terletak di kawasan Kampung Padang Tembesu, Tumpat serta bersempadan dengan Kampung Bunut Sarang Burung dan Kampung Chenderung Batu, Tumpat.

Keluasan kawasan sekolah ini ialah 16.024 ekar atau 6.48 hektar meliputi kawasan berumput seluas 52470 meter persegi dan kawasan tidak berumput seluas 6444 meter persegi.

Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan mula beroperasi dengan melibatkan lima orang tenaga awal bagi menguruskan pembukaan sekolah yang diketuai oleh Pn Hjh Hatikah Bt Mohamad, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu,En Asri Bin Zawawi, (SMK Wakaf Bharu)

En Anuar Musa,(Kaunselor SMK Mahmud Mahyiddin) En Hashim Mamat (SMK Geting) dan Wan Ahmad Khairuddin Wan Abdullah(SMK Wakaf Bharu) telah diberi memo penempatan secara pinjaman bagi menguruskan pembukaan sekolah tersebut bermula 01 12.2001.

Sesi persekolahan mula dibuka pada 6 Januari 2002. Jumlah pelajar keseluruhan ialah seramai 340 orang pelajar. daripada jumlah ini seramai 186 adalah pelajar tingkatan satu manakala bakinya adalah tingkatan dua. Keseluruhannya merangkumi 11 buah kelas termasuk satu kelas aliran agama.

Bilangan pelajar dijangka akan meningkat dari tahun ke tahun dengan kemasukan pelajar-pelajar tingkatan satu dari lima buah sekolah saluran iaitu SK. Berangan 1, SK Berangan 2, SK Cenderung Batu, SK Kebakat dan SK Kubang Batang.

PENGENALAN 1MALAYSIA




Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Rabu, 3 Mac 2010

BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA


Bangunan Bersejarah di Melaka
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Ia terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain seperti A Famosa dan replika Istana Kesultanan Melaka. Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan. Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.



Bangunan Stadthuys


Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam.'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.

Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.

Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.

Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang. Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.




A Famosa

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Selepas penawanan Portugis A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.


Penaklukan oleh Belanda
Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.

Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".




Villa Sentosa

Villa Sentosa ialah sebuah rumah yang terletak di Kampung Morten, satu-satunya kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Dibina pada suku pertama abad ke-20 dengan gaya reka bentuk sezaman, rumah itu kemudian dijadikan sebuah muzium persendirian oleh pemiliknya, Tuan Hj. Hashim bin Dato Demang Hj. Abdul Ghani.

Villa Sentosa mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang membawa pelawat kembali ke tahun "Akta Pembaharuan Tanah British 1920". Para pelawat boleh melihat koleksi pakaian, tenunan Melayu, perabot, senapang, dan pelbagai lagi tinggalan sejarah yang unik. Pelawat juga boleh menanyakan pemiliknya tentang maklumat tambahan.


Kota St. John

Ia telah dibina semula di Melaka oleh pihak Belanda semasa suku ketiga kurun ke-18. Kubu ini pernah menjadi gereja khas Portugis yang sempena St. John. Kubu ini mempunyai ciri menarik kerana meriamnya mengadap ke tanah besar kerana pada masa itu, serangan ke atas melaka datang terutamanya dari tanah besar berbanding dari arah laut di Selat Melaka.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

anda pengunjung ke